TKKR PRE SEASON TEST MERCHANDISE NOW AVAILABLE IN SHOP NOW!

ONEXOX TKKR SAG Team Buru Podium di Teluk Intan

Teluk Intan - Kami berjaya mengekalkan momentum dari pusingan yang lepas apabila kesemua kategori yang disertai berada di dalam saingan shootout dan superpole.


Fakhrusy Syakirin dan Nazirul Izzat berjaya ke saingan superpole apabila berada dikedudukan 6 dan 8 manakala Muzakkir Mohamad di kedudukan ke 19 disesi kelayakan petang tadi.


Buat pertama kalinya, Syafiq Aiman berjaya melayakkan diri di saingan shootout manakala Faiz Zikri, Adam Fiqrie dan Syafiq Rasol akan terus ke perlumbaan akhir besok.


Kategori Wira menunjukkan peningkatan sangat ketara apabila ketiga-tiga pelumba kami berjaya ke saingan shootout. Aiman Hafidz akan bermula di grid ke 5, Izzat Raduan digrid 6 manakala Norhakim akan bermula digrid ke 8 untuk perlumbaan akhir besok.


Share this post