TKKR PRE SEASON TEST MERCHANDISE NOW AVAILABLE IN SHOP NOW!

"Kenaikan Pangkat " Nazirul Izzat Menjadi

Seremban - Kekosongan pelumba di kategori CP150 yang diisi oleh Nazirul Izzat membuahkan hasil selepas dia berjaya berada di 10 perlumba terpantas dan seterusnya menghadiahkan kemenangan tempat kedua kepada pasukan ONEXOX TKKR SAG Team ahad lalu.

Nazirul Izzat yang juga membuat kemunculan pertama dalam superpole berjaya mencatatkan masa kedua terpantas untuk bermula di grid kedua bersaing hebat dengan pendahulu keseluruhan, Ahmad Afiff Amran, Helmi Azman dan Azroy Hakiem mengekalkan rentak tunggangan untuk terus berada di kelompok hadapan dan mencatatkan masa terpantas bagi perlumbaan tersebut.

“ Saya menggunakan pengalaman beraksi di   CEV Moto2 dan ARRC dalam kategori AP250   untuk mengendalikan jentera 150 ini dan saya   mengucapkan jutaan terima kasih kepada   prinsipal pasukan, En. Bobie Farid Shamsuddin serta mekanik dan krew yang bertungkus lumus menyediakan jentera yang terbaik untuk saya ”

Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Stadium Mini Teluk Intan pada 7 hingga 8 September 2019.

 


Share this post