TKKR ESTREMO LUBRICANT ARE AVAILABLE IN SHOP NOW!

Kasma Daniel ke Kejuaraan Dunia Moto2 2020 bersama ONEXOX TKKR SAG Team

KENYATAAN MEDIA



ONEXOX TKKR SAG Team berbesar hati untuk mengesahkan penyertaan Kasma Daniel Kasmayudin Di dalam pasukan kami untuk saingan kejohanan lumba Moto2 di FIM Road Racing World Championship untuk tiga musim mulai tahun 2020.

Pelumba muda negara Malaysia yang berusia 19 tahun yang sekarang bertanding Di FIM CEV Repsol Moto2 Championship, akan menggantikan pelumba dari Jepun, Tetsuta Nagashima.

Seluruh warga ONEXOX TKKR SAG Team mengalu-alukan Kasma Daniel menyertai pasukan kami dan akan menumpukan perhatian bagi mempastikan kejayaan dalam saingan musim 2020.

ONEXOX TKKR SAG Team ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kami kepada Tetsuta Nagashima atas semua sumbangan beliau. Kami mengucapkan Selamat Maju Jaya dalam karier beliau seterusnya.

“Kami gembira kerana berjaya mendapatkan khidmat Kasma Daniel Kasmayudin sebagai pelumba ONEXOX TKKR SAG Team dalam saingan Moto2 FIM Road Racing World Championship musim akan datang.

“Kasma Daniel ialah seorang pelumba muda berbakat besar, dan beliau telah membuktikannya dalam saingan FIM CEV Repsol Moto2 dan juga Asia Road Racing Championship pada musim ini.

“Kami yakin gandingan Kasma Daniel dan Remy Gardner untuk musim 2020 ini akan mendorong ONEXOX TKKR SAG Team ke arah kejayaan yang lebih besar.”

Eduardo Perales
Prinsipal Pasukan
ONEXOX TKKR SAG Team



“Saya amat gembira dapat menyertai ONEXOX TKKR SAG Team untuk bertanding dalam Moto2 FIM Road Racing World Championship mulai 2020. Bersaing dengan para pelumba Moto2 terbaik dunia tentunya satu cabaran yang bukan mudah, namun saya yakin boleh melakukannya.

“Saya bersedia untuk fasa seterusnya dalam karier lumba motorsikal saya, dan saya yakin akan dapat memberikan persembahan terbaik dengan sokongan yang diberilan oleh setiap warga ONEXOX TKKR SAG Team.”

Kasma Daniel Kasmayudin
Pelumba Moto2
ONEXOX TKKR SAG Team



“Kami amat gembira dan berbesar hati bahawa Kasma Daniel Kasmayudin kini menyertai ONEXOX TKKR SAG Team untuk tiga musim mulai tahun 2020.

“Kasma Daniel akan bersaing dengan para pelumba terbaik dunia dalam kategori Moto2 di FIM Road Racing World Championship. Pencapaian ini bukan sahaja hasil kerja keras dan titik peluh Kasma Daniel selama ini, malah ianya juga berkat sokongan dan dorongan keluarga,para penaja, rakan-rakan dan seluruh rakyat Malaysia, khususnya peminat sukan lumba motor. Ini ialah sesuatu yang boleh kita semua banggakan.

“Bersaing dalam Moto2 FIM Road Racing World Championship adalah langkah tepat bagi Kasma Daniel untuk mengembangkan karier beliau. Seluruh warga ONEXOX TKKR SAG Team akan berusaha bee sungguh-sungguh untuk mempastikan kejayaan beliau.

“ONEXOX TKKR SAG Team bangga untuk terus mengibarkan cabaran negara di arena antarabangsa. Penglibatan kami dalam FIM Road Racing World akan membolehkan kami terus bergerak ke arah matlamat kami untuk merealisasikan aspirasi dan cita-cita negara dalam sukan lumba motor.

“Ini bukan sahaja terhad kepada aspek perlumbaan. Malah, kami yakin terdapat banyak ruang untuk warga Malaysia menempa kejayaan dalam pemindahan dan pembangunan teknologi terkini, pembangunan kemahiran dan keupayaan, pembangunan bakat lumba tempatan, pengurusan acara, aktiviti pemasaran sukan, dan pembangunan modal insan.

“Terdapat begitu luar kemungkinan dan potensi untuk kita menempa kecemerlangan sekiranya semua pihak di dalam komuniti lumba motor dapat menggembleng tenaga ke arah memperkasakan industri ini.

“ONEXOX TKKR SAG Team kini akan memulakan persiapan rapi untuk musim 2020, dan kami yakin bahawa doa dan sokongan seluruh rakyat Malaysia akan mengiringi usaha kami.”

BOBIE FARID
Prinsipal Pasukan
ONEXOX TKKR SAG Team


Oleh:
Unit Penghubungan dan Pengurusan Media
ONEXOX TKKR SAG Team


Share this post