CLEARANCE SALE UP TO 90% (LIMITED TIME OFFER)

BARISAN PELUMBA TKKR 2021

BARISAN PELUMBA TKKR 2021
Inilah barisan pelumba kami bagi mengharungi dan bersaing dalam perlumbaan Malaysian Cubprix bagi tahun 2021.

Untuk Pasukan 'Primier' Onexox TKKR Racing Team bagi kategori CP150, kategori ini akan di ketuai oleh Muzakkir Muhammad yang juga merupakan tempat ke 3 keseluruhan Malaysia Cubprix CP150 tahun lepas dan beliau akan berganding dengan bekas Juara pertama UB150 Asia Road Racing Championship iaitu Akid Aziz dan Shafiq Rasol.
Bagi kategori CP125, Hafiza Rofa akan meneruskan cabaran dalam kategori ini bersama gandingan baru iaitu Aieman Hafidz yang juga merupakan Naib Juara Kategori Wira Malaysian Cubprix 2020.


Bagi pasukan 'Junior' Onexox Racing Team yang baru dinaikkan pangkat menyertai kategori CP150 akan diketuai oleh bekas Juara Keseluruhan Malaysia Cubprix kategori Novice 2007 Abdul Muhaimin Roslan. Beliau turut akan bersama dengan 2 pelumba muda pasukan dalam kategori ini iaitu Faiz Zekri Sabri dan Syafieq Aiman.
Manakalaka bagi kategori CP125 untuk pasukan junior akan menampilkan Izzat Raduan dan Muhd Nurhakim.

Sememangnya kami akan cuba memberikan persaingan yang sengit dan hebat bagi merebut kejuaraan untuk tahun ini. Kami mempunyai 2 pasukan tetapi 'Out There We Are One'. Teruskan sokongan dan dorongan anda buat kami untuk tahun 2021 ini.


#OnexoxTKKRRacingTeam
#OnexoxRacingTeam

Share this post