AZLAN SHAH JUARA ARRC ASB1000

Hari bersejarah buat Pasukan ONEXOX TKKR SAG TEAM di mana buat julung kalinya pasukan berjaya mendapat Juara Keseluruhan dan lebih membanggakan pasukan pertama berjaya menjuarai kategori ASB1000 yang dianjurkan buat kali pertama di kejuaraan Asia Road Racing Championship menerusi pelumba handalan Azlan Shah Kamaruzzaman dengan menewaskan Broc Parkes dari Australia yang merupakan di tempat kedua keseluruhan

Dengan kekuatan krew seramai 35 orang dan 11 pelumba, ONEXOX TKKR SAG berjaya mengejutkan dunia perlumbaan Asia apabila menjadi pasukan persendirian berjaya menewaskan pasukan-pasukan besar seperti YAMAHA, HONDA, KAWASAKI dan lain-lain.

Usaha keras serta komitmen pasukan sepanjang musim 2019 amatlah membanggakan dan menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia meskipun tidak dipandang oleh media-media tempatan.

Tanpa bantuan daripada pihak kerajaan dalam memartabatkan sukan permotoran ini, ONEXOX TKKR SAG mampu membawa kejayaan pasukan demi nama negara Malaysia ke pentas dunia.

Tidak dilupakan ONEXOX TKKR SAG jug berjaya memperolehi tempat pertama Juara Keseluruhan Pasukan bagi katergori UB150 yang dipertandingkan yang membariskan pelumba-pelumba handalan Ahmad Fazli Sham, Wahyu Aji Trilaksana, Mohd Faiz Zekri & Muhammad Hafiza Rofa.

ONEXOX TKKR SAG menamatkan musim 2019 dengan bergaya sekali apabila buat pertama kali juga hampir berjaya memenangi tempat pertama bagi kategori AP250 dalam perlumbaan kedua meskipun akhirnya keputusan juri menafikan kemenangan ini.

Walaupun berakhirnya musim 2019, tetapi pasukan ONEXOX TKKR SAG sudah merancang strategi bagi menghadapi musim 2020 dengan lebih cemerlang demi memartabatkan nama Malaysia di persada dunia dengan melahirkan lebih ramai lagi pelumba-pelumba handalan Malaysia di peringkat antarabangsa.


Share this post